Family Day

Pada 17 Januari, Blok Dynamicz telah menjalankan Family Day di perkarangan blok D Kolej Za'ba Kampus Sultan Azlan Shah. Family Day ataupun Hari Keluarga merupakan satu aktiviti yang wajib dijalankan oleh setiap blok pada setiap semester kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni-penghuni di blok D.

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi, semua penghuni blok akan berkumpul di perkarangan parking Felo untuk aktviti riadah bersama. Lihat saja kesportingan mereka ;)



Seterusnya selepas beriadah, kami melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan blok. Aktiviti yang paling dinantikan!



Rajin+bijak= Calon menantu nih! Wah!

Selepas aktiviti gotong royong, penghuni-penghuni blok menjamu selera bersama. Dengan santapan bihun goreng dan air teh suam oleh Kak Pah cukup meyelerakan sehingga menjilat jari. Seterusnya, aktiviti melibatkan fizikal dan mental bermula pada jam 2 petang iaitu Explorace Dynamicz!

Azila (Exco Kesenian dan Kebudayaan) dan Kak Enoe (exco Sukan dan Rekreasi) memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti explorace. Penghuni blok dibahagikan kepada kumpulan mengikut wing rumah masing-masing.




Dengan susunan aktiviti explorace oleh Kak Enoe (Exco Sukan dan Rekreasi) cukup mencabar penghuni-penghuni Blok.





Akhirnya, penyampaian hadiah atas kekreatifan setiap kumpulan. Felo Dynamicz iaitu Encik Khairul Anuar Bin Hasnan menjadi juri dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.











Akhir sekali, terima kasih kepada ahli-ahli Dynamicz yang cukup bersemangat menjayakan Family Day Dynamicz. Korang memang sporting! Caya lah! Saksikanlah sorakan-sorakan dari penghuni Blok D. Salam~


Kumpulan 1


Kumpulan 2


Kumpulan 3


Kumpulan 4

Sila-sila, undi kumpulan mana paling mantap "cheer"!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Family Day"

  1. Yuyu Anuar says:
    February 24, 2010 at 2:15 AM

    ahahaha.. besh gilaQ program nie.. smpai aku muntah n pening seharian pda keesokan harinya.. :))

  2. Azah says:
    February 24, 2010 at 8:19 PM

    ayu tak makan, mana nk dpt energy.haha..

  3. Yuyu Anuar says:
    March 1, 2010 at 4:57 AM

    hahaha.. dah terlebey energy dah kak azah oittt

Post a Comment