Keindahan Dynamicz










Gambar di atas tiada penggunaan kesan editing Potoshop.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Halatuju Produk Halal

Program Halatuju Produk Halal merupakan satu program ceramah mengenai isu halal produk-produk di pasaran kini. Adakah makanan yang kita makan dalam kehidupan harian kita benar-benar halal ataupun tidak? Persoalan itu dirungkaikan dalam program ini bersama penceramah yang dijemput iaitu Encik Shamsudin Haji Ishak dari HPA Cawangan Tanjong Malim.

HPA Industries Sdn. Bhd ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995 dan kini HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi. Lawati laman web HPA untuk keterangan lanjut www.hpa.com.my

” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “





Penceramah menunjukkan pelbagai jenis makanan yang diragui halal dan haramnya.



Maka, berwaspadalah dengan makanan yang anda makan pada setiap hari.

P/S: Tahniah kepada Saudari Rohimah Bt Mohamad (Naib Timbalan Ketua Blok D) telah selamat mengikat tali pertunangan ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Program Hala Tuju Produk Halal


Pengarah Program : Misriyah bt. Mohd Kassim
(Setiausaha Dynamicz Productions)

Penceramah undangan : Encik Shamsudin Haji Ishak
(HPA Cawangan Tanjong Malim)


Semua penghuni Kolej Za'ba dijemput hadir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Family Day

Pada 17 Januari, Blok Dynamicz telah menjalankan Family Day di perkarangan blok D Kolej Za'ba Kampus Sultan Azlan Shah. Family Day ataupun Hari Keluarga merupakan satu aktiviti yang wajib dijalankan oleh setiap blok pada setiap semester kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni-penghuni di blok D.

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi, semua penghuni blok akan berkumpul di perkarangan parking Felo untuk aktviti riadah bersama. Lihat saja kesportingan mereka ;)



Seterusnya selepas beriadah, kami melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan blok. Aktiviti yang paling dinantikan!



Rajin+bijak= Calon menantu nih! Wah!

Selepas aktiviti gotong royong, penghuni-penghuni blok menjamu selera bersama. Dengan santapan bihun goreng dan air teh suam oleh Kak Pah cukup meyelerakan sehingga menjilat jari. Seterusnya, aktiviti melibatkan fizikal dan mental bermula pada jam 2 petang iaitu Explorace Dynamicz!

Azila (Exco Kesenian dan Kebudayaan) dan Kak Enoe (exco Sukan dan Rekreasi) memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti explorace. Penghuni blok dibahagikan kepada kumpulan mengikut wing rumah masing-masing.




Dengan susunan aktiviti explorace oleh Kak Enoe (Exco Sukan dan Rekreasi) cukup mencabar penghuni-penghuni Blok.





Akhirnya, penyampaian hadiah atas kekreatifan setiap kumpulan. Felo Dynamicz iaitu Encik Khairul Anuar Bin Hasnan menjadi juri dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.











Akhir sekali, terima kasih kepada ahli-ahli Dynamicz yang cukup bersemangat menjayakan Family Day Dynamicz. Korang memang sporting! Caya lah! Saksikanlah sorakan-sorakan dari penghuni Blok D. Salam~

video
Kumpulan 1

video
Kumpulan 2

video
Kumpulan 3

video
Kumpulan 4

Sila-sila, undi kumpulan mana paling mantap "cheer"!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS