Family Day

Pada 17 Januari, Blok Dynamicz telah menjalankan Family Day di perkarangan blok D Kolej Za'ba Kampus Sultan Azlan Shah. Family Day ataupun Hari Keluarga merupakan satu aktiviti yang wajib dijalankan oleh setiap blok pada setiap semester kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni-penghuni di blok D.

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi, semua penghuni blok akan berkumpul di perkarangan parking Felo untuk aktviti riadah bersama. Lihat saja kesportingan mereka ;)



Seterusnya selepas beriadah, kami melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan blok. Aktiviti yang paling dinantikan!



Rajin+bijak= Calon menantu nih! Wah!

Selepas aktiviti gotong royong, penghuni-penghuni blok menjamu selera bersama. Dengan santapan bihun goreng dan air teh suam oleh Kak Pah cukup meyelerakan sehingga menjilat jari. Seterusnya, aktiviti melibatkan fizikal dan mental bermula pada jam 2 petang iaitu Explorace Dynamicz!

Azila (Exco Kesenian dan Kebudayaan) dan Kak Enoe (exco Sukan dan Rekreasi) memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti explorace. Penghuni blok dibahagikan kepada kumpulan mengikut wing rumah masing-masing.




Dengan susunan aktiviti explorace oleh Kak Enoe (Exco Sukan dan Rekreasi) cukup mencabar penghuni-penghuni Blok.





Akhirnya, penyampaian hadiah atas kekreatifan setiap kumpulan. Felo Dynamicz iaitu Encik Khairul Anuar Bin Hasnan menjadi juri dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.











Akhir sekali, terima kasih kepada ahli-ahli Dynamicz yang cukup bersemangat menjayakan Family Day Dynamicz. Korang memang sporting! Caya lah! Saksikanlah sorakan-sorakan dari penghuni Blok D. Salam~


Kumpulan 1


Kumpulan 2


Kumpulan 3


Kumpulan 4

Sila-sila, undi kumpulan mana paling mantap "cheer"!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Join Memberz DYnamicz

Siapa-siapa yang ingin menyertai memberz Dynamicz, sila beri nama dan website anda (cth: website facebook, blogspot, wordpress, friendster dll).


Contoh>>
Nama: Aishah
Website:http://www.facebook.com/people/Aisyah-Md-Noor/100000210191550

Nama anda akan disenaraikan dalam memberz dynamicz. Seperti di bahagaian kiri ruangan blog.
Syarat penyertaan: Anda perlulah merupakan penghuni Blok D Kolej Za'ba UPSI.
Marilah beramai-ramai memeriahkan Dynamicz Productions!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ketuk-Ketuk Assyura

Assalammualaikum.

Pada mesyuarat bersama Felo Blok D, Kak Pah (Exco Pembangunan Sahsiah) telah mencadangkan agar kami memasak bubur Assyura di untuk penghuni Blok D. Cadangan Kak Pah diterima baik oleh Felo kerana idea ni bukan sahaja dapat menambah aktiviti Blok tetapi boleh mengeratkan silaturrahim antara penghuni Blok, selain boleh belajar memasak bagi sesiapa yang ingin berkahwin=) Maka pada hari ahad lepas, semua ahli JawatanKuasa Blok dan rakan-rakan exco turun membantu memasak bubur assyura ala-ala selatan. Pada pukul 3 petang bubur assyura diberikan kepada penghuni blok untuk dijamu selera.







Nyum-nyum..Lepas ni boleh la makan nasi minyak pula~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS